Sejarah Awal Masjid
Tapak Masjid Kampung Changkat Chermin asalnya di atas
sebidang tanah milik dua orang penduduk kampung, En.Uda Zainal dan En.Yaacob.
Tn Hj Sahih B. Malim Mamat- Ketua Kampung pada masa itu telah membangunkan tanah tersebut sebagai tapak masjid, tanah perkuburan kariah dan harta wakaf masjid.
Tahun 1950: Asal Kewujudan Kampung
Pada tahun ini Kampung Changkat Chermin telah diwujudkan. Pembangunan kampung dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Pada waktu itu, muslimin dan muslimat ahli kariah kampung menggunakan Masdrasah untuk beribadat.
Ma drasah tersebut terletak di hadapan rumah En Abd Halim B. Mohd Noor.
Tahun 1950 Hingga 1951: Kutipan Derma
Tn Hj Sahih B Malim Mamat bersama anak-anak buahnya dengan semangat dan tekad untuk mendirikan sebuah masjid telah melakukan kutipan derma tabung pembinaan masjid.
Tabung kutipan derma tersebut adalah untuk menampung perbelanjaan kos pembinaan sebuah masjid baru ini.
Tahun 1953: Terbina Masjid
Sejumlah RM 7,000 telah berjaya dikumpul melalui kutipan derma tabung pembinaan masjid.
Menggunakan wang kutipan tersebut dengan konsep gotong royong terbinalah sebuah masjid di Kampung Changkat Chermin.
Pada masa itu, masjid yang di bina mempunyai kemudahan asas yang amat sederhana.
Air diperolehi dari air telaga(perigi) dan lampu menggunakan lampu “gasoline” minyak tanah.
Struktur bangunaan masjid yang dibina adalah seperti berikut:
1) Platform lantai menggunakan simen konkrit.
2) Dindingnya diperbuat daripada kayu{papan}.
3) Atapnya menggunakan atap zink.
Tahun 1978 : Masjid Diberi Nama
Proses menamakan Masjid Kampung Changkat Chermin dilakukan.
Satu mesyuarat dikalangan ahli kariah telah diadakan dan sebulat suara bersetuju masjid ini diberi nama “Masjid Al-Nuriah Kampung Changkat Chermin”.
Tahun 1980 : Ubahsuaian Rekabentuk
Pada tahun ini sekali lagi rekabentuk masjid diubahsuai mengikut kesesuaian dan peredaran masa.
Kali ini ruang masjid diperluaskan.
Bahagian serambi dan kolah asas telah digabungkan.
Tahun 1995: Baik Pulih Masjid
Tahun 1995 ini, dinding masjid telah dibina menggunakan batu konkrit.
Tingkapnya telah ditukar dengan tingkap cermin jenis nako.
Atap zink digantikan yang baru dan dicat warna biru.
Sebuah ruang anjung telah didirikan untuk ruang jamuan dan dust informasi.
Tahun 1998: Kemasan Dalam Dan Luaran
Keceriaan Masjid Al-Nuriah telah diperindahkan.
Ahli kariah telah bergotong royong untuk memperkemaskan kawasan persekitaran dan tanah perkuburan.
Dinding-dinding dalaman dan luaran dicat semula.
Tahun 1999: Usaha Naik Taraf
JKKK Kampung Changkat Chermin sedang berusaha bagi mendapatkan peruntukan dari pihak kerajaan bagi mendirikan masjid baru.
Lanskap masjid diperindahkan dan sebuah pusat sumber telah dibentuk berhampiran Masjid Al-Nuriah.
Tahun 2000 : Anugerah
Tahun 2000 merupakan tahun yang amat mencabar.
Pihak AJK Masjid An-Nuriah akan sentiasa berusaha bagi memastikan masjid ini dijaga dan sentiasa mengikut arah pembangunan semasa. Segala perancangan pembanggunan akan diusahakan hingga berjaya untuk manfaat penduduk Kampung Changkat Chermin ini.
Masjid telah mendapat hadiah saguhati sebagai Masjid Seni Taman Ceria peringkat Negeri Perak
Tahun 2002 : Tambahan Bangunan
RUANG SOLAT LUAR ( SERAMBI) TELAH DIBINA.
Atap ditukar kepada jenis corrugated iron berwarna biru.
Ruang solat utama dipasang dengan permadaini jenis punch carpet berwarna hijau.
Bilik imam dan muazin bertugas telah didirikan.
Rumah masak telah dibina.